Senyumlah, Sekali Lagi
" Usah berlari
Dari bebayang diri
Selamanya
Pasti saja
Mengekori
Menghantui,
Kerana lelahmu
Akan abadi.
Usah terbuai
Oleh kepulan gemawan
Menghamparkan
Leka
Dan khayalan
Keras lantai bumi
Suatu realiti
Yang terlupakan.
Susurilah
Jalan panjang
Simpang nan sunyi
Dan tolehlah
Suatu hari nanti
Bila segalanya
Kemas terpatri
Pada aku
Yang tak jemu
Memerhati.
Bila bayangmu
Menjauh
Samar parasmu
Tak lagi
Teramati
Aku tahu
Kau sudah mampu
Tersenyum
Sekali lagi."
Dari bebayang diri
Selamanya
Pasti saja
Mengekori
Menghantui,
Kerana lelahmu
Akan abadi.
Usah terbuai
Oleh kepulan gemawan
Menghamparkan
Leka
Dan khayalan
Keras lantai bumi
Suatu realiti
Yang terlupakan.
Susurilah
Jalan panjang
Simpang nan sunyi
Dan tolehlah
Suatu hari nanti
Bila segalanya
Kemas terpatri
Pada aku
Yang tak jemu
Memerhati.
Bila bayangmu
Menjauh
Samar parasmu
Tak lagi
Teramati
Aku tahu
Kau sudah mampu
Tersenyum
Sekali lagi."