marchan89: (Default)
[personal profile] marchan89
"Kau siapa?"

Aku hanya sendiri. Tak mampu melawan nasib. Tak mampu menawan hati. Tak mampu menakluk rasa. Tak mampu menyubur sayang.

Dulu, aku pasrah. Terima seadanya. Dilayan begitu sekali meskipun aku mahu rasa usahaku juga ada erti. Dulu aku membisu, membiarkan dada ini sesak membungkam di tengah malam menyimpan rantaian episod yang semakin panjang. Dulu, aku tidak jemu berdiri di sisi tanpa segan silu demi menumpang secebis kasihmu.

Kini, kau tolak aku ke tepi. Kini, kau zahirkan lagi betapa sanjungan kau selain jiwa kecil ini. Kini, kau mahu aku tahu siapa aku di matamu.

Dan aku sedar, peperangan ini sudah azali tersurat kekalahanku. "Kau siapa?" Aku. Hanya aku sendiri.

Mohon maaf andai aku tak sesempurna seperti mereka. Khabar gembira buatmu, aku sudah dewasa. Dan aku mula belajar mengerti sebenar-benarnya situasi ini. Jauh dari membenci, aku hanya mahu memberi kebaikan. Biarpun tidak dihargai, dipuji melangit, dipandang sepenuh hati. Aku hanya mahu berbakti.

"Kau memang salah!" Dan aku akur, menahan kata. Aku sayang dengan cara tersendiri. Kini tidak harapkan balasan. Kini mengerti realiti. Kini sedar hakikat. Berpijak pada bumi.

"Mana ada hukum bercinta dalam dunia ni,bila kita cinta pada orang,orang itu harus cinta kita balik"~~hlovate~~
This account has disabled anonymous posting.
If you don't have an account you can create one now.
HTML doesn't work in the subject.
More info about formatting

Profile

marchan89: (Default)
Miss Martha

September 2013

S M T W T F S
1 234 567
8 9 1011 1213 14
1516171819 2021
22232425262728
2930     

Style Credit

  • Style: Daydream for Ciel by nornoriel

Expand Cut Tags

No cut tags
Page generated Jun. 9th, 2025 05:02 am
Powered by Dreamwidth Studios